assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Perindu2 Syahid!

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"
- Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi

al-ASR

Secangkir Ilmu

get this widget here

Kehadiran Pelawat ^^

Allah dan RasulNYA

Allah dan RasulNYA

Tholibah طالبة

Tholibah طالبة

Muslimah المسلمه

Muslimah المسلمه

Mu'allimah معلمة

Mu'allimah معلمة

Baitul Muslim

Baitul Muslim

CONTOH IKUTAN

smile

Imam Syahid Hassan Al-Banna "Pencetus kebangkitan umat abad ke-20"

smile

As-Syahid Syed Qutb "Penjara dan kematian dalam mercu tanda dakwah"

smile

As-Syahid Syiekh Ahmad Yassin "Tokoh Ikhwan yang menubuhkan HAMAS di Palestin"

smile

Dr. Fathi Yakan "Tribulasi mematangkan perjuangannya"

smile

Dr. Abdul Aziz al-Rantisi "Sang Doktor pembawa obor jihad"

smile

Al-Maududi "Memiliki ciri Mujaddid kurun ke-20"

smile

Dr.Burhanuddin Al-Helmy " Menyiram obor perjuangan kemerdekaan Malaya"

smile

Dr. Yusuf al-Qardhawi

smile

Syiekh Sa'id Hawwa "Tokoh gerakan Islam berjiwa sufi"

Get this from munirah.zulkifli

yg kerap dibaca~

Friday, June 10, 2011

Semua ada dalam al-QURAN!

Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Semua ilmu ada dalam al-Quran,” kata seorang ulama.

Maksud tuan ilmu dunia juga?” balas seorang pemuda.

Ya, ilmu dunia dan akhirat.”

Saya tidak percaya. Masakan begitu? Bagi saya mustahil kitab al-Quran yang hanya terdiri daripada ribuan ayat itu boleh mengisi semua bentuk ilmu.”

Berapa ayat yang diperlukan untuk memuatkan semua ilmu yang ada?

Wah tentulah berbilion-bilion banyaknya. Bentuk dan jenis ilmu tersangat luas.”

Saya masih berpendapat semua asas ilmu ada dalam al-Quran.”

Saya tetap tidak bersetuju,” tegas si pemuda.

Ulama hanya tersenyum.

Tidak puas hati, keesokan harinya, pemuda itu bertemu dengan ulama itu semula.

Tuan masih percaya semua ilmu ada dalam al-Quran?

Ya,” jawab ulama itu pasti.

Kalau begitu, berapa banyak minyak yang boleh didapati daripada sekilogram buah kelapa sawit?

Ulama itu diam. Pemuda itu rasa bangga kerana pada pengamatannya ulama itu akan tunduk pada pandangannya.

Dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan ayatnya sekali ya…”tambah pemuda itu.

Beberapa ketika kemudian, ulama itu berkata, “Ya, saya tahu jawapannya. Malah saya tahu surah serta ayat yang menjawab persoalan itu. Tetapi untuk menjawabnya, mari ikut saya.
Pemuda itu mengikuti ulama tersebut menuju ke suatu tempat. “Kita nak ke mana?

Ikut sahajalah.”

Tidak lama kemudian, mereka bertemu dengan seorang pekerja yang sedang menyelia kerja-kerja memproses buah kelapa sawit. Ulama itu bertanya,“Tuan, boleh beritahu kami berapa banyak minyak yang kita akan dapat daripada sekilogram buah kelapa sawit?

Penyelia itu spontan memberi jawapannya. Sejurus kemudian, ulama berkata kepada si pemuda,”Itulah jawapannya.”

Eh, saya mahukan jawapan daripada al-Quran, bukan penyelia ini!” bantah pemuda itu agak marah.

Itulah jawapan al-Quran,” jawab ulama itu dengan tenang.

Apa maksud tuan?

Inilah jawapan al-Quran. Dalam surah al-Nahl ayat 43, Allah telah berfirman yang bermaksud:’Bertanyalah kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui.’ Dan kita telah pun bertanya kepada penyelia kilang kelapa sawit ini tentang soalan kamu. Inilah yang dijelaskan kaedahnya oleh al-Quran. Dan inilah jawapan al-Quran kepada soalan kamu itu.”

PENGAJARAN: AL-QURAN BUKAN KITAB SEJARAH, SAINS ATAU ILMU-ILMU LAIN. NAMUN BEGITU, DALAM AL-QURAN ADA ASAS DAN TERAS UMUM BAGI ILMU-ILMU ITU YANG MENJADI DASAR, PRINSIP, DAN PANDUAN UNTUK MENGEMBANGKANNYA. JIKA SESEORANG MEMPELAJARI AL-QURAN SECARA MENYELURUH, DIA AKAN MEMPUNYAI GENERAL KNOWLEDGE SEMUA ILMU YANG PENTING DI DUNIA.

Sumber daripada Majalah Solusi Isu 27.

2 comments:

Unknown said...

saya pernah ditanya mengenai cara nan membuat roti cnai oleh junior skul,pastu naqib saya yg beri jawapan sebegini.lik2

Ukhti Ibtisam said...

Alhamdulillah...subhanallah, bagus naqib enta..

Halwa Telinga~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I am a Student n Blogger

IPGM BLOGGERS~

SUARA GURU MALAYSIA


CikguMierah. Powered by Blogger.

MUST READ!!

  • Al-Ma'thurat
  • Al-Quran
  • Buku-buku Agama
  • Buku-buku lain
  • Majalah Solusi
  • Novel-novel karya Ramlee Awang Mursyid
  • Pemilik Cintamu Setelah Allah dan Rasul

LAbels~

akal (1) buku (1) cinta (16) Doa (1) Hari Qiamat (1) hati (4) iktibar (2) Islam (7) Jihad (1) lelaki (1) luahan (1) manusia (1) marah (1) masalah (1) mujahid (1) murabbi (2) muslimah (7) nasyid (4) nikah (1) pejuang (1) pemimpin (1) picture (1) sabar (3) sahabat (2) sirah (4) solat (1) suami (1) teladan (5) ujian (1) wanita (6)