Perindu2 Syahid!

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"
- Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi

al-ASR

Secangkir Ilmu

get this widget here

Kehadiran Pelawat ^^

Allah dan RasulNYA

Allah dan RasulNYA

Tholibah طالبة

Tholibah طالبة

Muslimah المسلمه

Muslimah المسلمه

Mu'allimah معلمة

Mu'allimah معلمة

Baitul Muslim

Baitul Muslim

CONTOH IKUTAN

smile

Imam Syahid Hassan Al-Banna "Pencetus kebangkitan umat abad ke-20"

smile

As-Syahid Syed Qutb "Penjara dan kematian dalam mercu tanda dakwah"

smile

As-Syahid Syiekh Ahmad Yassin "Tokoh Ikhwan yang menubuhkan HAMAS di Palestin"

smile

Dr. Fathi Yakan "Tribulasi mematangkan perjuangannya"

smile

Dr. Abdul Aziz al-Rantisi "Sang Doktor pembawa obor jihad"

smile

Al-Maududi "Memiliki ciri Mujaddid kurun ke-20"

smile

Dr.Burhanuddin Al-Helmy " Menyiram obor perjuangan kemerdekaan Malaya"

smile

Dr. Yusuf al-Qardhawi

smile

Syiekh Sa'id Hawwa "Tokoh gerakan Islam berjiwa sufi"

Get this from munirah.zulkifli

yg kerap dibaca~

Thursday, June 9, 2011

Kurma dan Emas

Assalamu’alaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Alkisah bermula~

Seorang lelaki ingin bermusafir dalam jangka masa yang panjang. Dia mempunyai harta berupa emas yang tidak boleh dibawa bersama-sama. Dia ingin mengamanahkan hartanya itu kepada rakan karib yang sangat dipercayainya.

Namun dalam hatinya masih ada keraguan akan kejujuran kawan karibnya itu. Setelah berfikir panjang, dia mendapat satu helah. Dia memasukkan emasnya ke dalam sebuah bekas yang bertutup. Emas diletakkan di bawah, manakala bahagian atas dipenuhi dengan buah kurma.

“Sahabatku, aku ingin meminta bantuanmu untuk menjaga kurma ini sepanjang aku bermusafir,”kata lelaki itu kepada rakannya.

“Tiada masalah bagiku. Berapa lama agaknya engkau akan bermusafir?”

“Lebih kurang enam bulan.”

“Baiklah. Akan kujaga amanahmu ini, insya-Allah.”

Suatu malam, isterinya sangat ingin makan buah kurma. Oleh kerana hari sudah larut malam dan tidak ada kedai yang dibuka, lelaki itu mengambil keputusan untuk membuka bekas yang diamanahkan oleh kawannya. “Akan kuambil sebiji dua dan kuganti semula esok,” begitulah katanya dalam hati.

Dia pun membuka bekas itu. Sesetengah buah kurma telah rosak kerana terlalu lama disimpan. Diapun mengorek-ngorek ke bahagian bawah. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa ada ketulan-ketulan emas di bahagian bawah! Melihat emas yang begitu banyak, timbul rasa tamak dalam dirinya. Semua emas itu diambilnya. “He, he…dia ingat dia pandai menipu? Sekarang aku pula akan menipunya,” begitulah dia menyangka.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan berlalu. Oleh kerana sebab yang tidak dapat dielakkan, kawannya itu tidak dapat pulang pada masa yang dijangkakan. Setelah setahun kemudian, baru dia pulang.

Sebaik pulang, dia terus ke rumah kawannya untuk mengambil bekas yang diamanahkannya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati emasnya telah hilang. Bekas itu hanya dipenuhi dengan buah kurma.

“Mana emas aku?”

“Emas apa yang kau maksudkan?”

“Emas yang ada di dalam bekas ini, yang aku amanahkan kepada kau dulu.”

“Kau tidak meninggalkan emas. Kau hanya meninggalkan kurma. Bukankah itu yang kau katakan padaku?”

Lelaki itu terdiam. Memang benar itulah yang dikatakannya. Tetapi dia yakin bahawa memang sahabatnya telah pecah amanah. Siapa lagi kalau bukan dia yang telah membuka penutup bekas itu dan mengambil semua emas yang ada di dalamnya?

Dipendekkan cerita, perkara itu pun dibawa ke mahkamah.

“Tuan hakim, emas saya di dalam bekas yang diamanahkan kepada kawan saya telah hilang dicurinya,” dakwa lelaki pertama.

“Tidak tuan hakim, dia memberi amanah agar saya menjaga buah kurma, bukannya emas,” bantah kawannya.

“Kalau begitu, saya ingin melihat bekas itu beserta dengan buah kurma sekali!” perintah tuan hakim.

Bekas itu pun ditunjukkan kepada tuan hakim.

“Berapa lamakah buah kurma dapat disimpan di dalam bekas ini tanpa rosak?” tanya hakim.

“Lebih kurang enam bulan,” jawab mereka hampir serentak.

“Berapa lama engkau keluar bermusafir dan mula menyimpan belas ini di ruma kawanmu?” tanya tuan hakim kepada lelaki pertama.

“Setahun,” jawabnya ringkas.

“Kamu bersalah!” umum tuan hakim ditujukan kepada lelaki yang diamanahkan menjaga bekas kawannya itu. “Kamu telah pecah amanah.

“Saya bersalah? Apa bukti saya telah mecuri emas-emas itu?” tanya lelaki itu kebingungan.

“Kamu berbohong. Cuba kamu lihat buah kurma yang ada di dalam bekas ini. Bukankah masih berada dalam keadaan baik? Itu tandanya kamu pernah membuka bekas ini, mengambil emas yang ada di dalamnya dan menggantikannya dengan kurma yang baharu. Kurma yang disimpan setahun tentu sebahagian besarnya sudah rosak.”

Setelah pencuri itu dibawa keluar oleh pengawal, lelaki itu tersenyum sambil berkata, “Syukur kerana orang yang mencuri telah ditangkap. Saya harap emas saya akan dikembalikannya.”

“Kamu mungkin akan menyelematkan emas kamu, tetapi kamu telah kehilangan maruah diri kamu,” kata tuan hakim dengan tajam.

“Mengapa?”

“Kamu juga tidak amanah ketika memberi amanah. Kamu juga hakikatnya berbohong. Kamu mengamanahkan emas, tetapi kamu kata kurma! Kamu juga bersalah,” ujar tuan hakim.

PENGAJARAN: Memberi dan menerima amanah perlu dibuat atas dasar keikhlasan. Jika kita tidak ikhlas ketika memberi amanah, orang yang menerimanya juga tidak akan ikhlas menjalankan amanah itu.
Wallahu’alam. Sumber daripada Majalah Solusi Isu 31.

6 comments:

al_hakim said...

nice sgt cerita ni..=)

ayah hir said...

kak,bez blog kakak,saya salute r kakak,saya bdak baru belajar berblogging,sila beri tunjuk ajar yew

nurIman Abdul said...

like!..:)

cik husna said...

kisah teladan yang sangat mmberi pengajran...

RedAnna said...

Salam, such a beautiful blog. masya Allah. do keep on, will definitely follow this blog, insya Allah.
by the way, lovely backgroud music. would you mind to share who's the singer and song title?

Ukhti Ibtisam said...

wslm wbt...syukran =)
Asma Allah by Sami Yusuf..

Halwa Telinga~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I am a Student n Blogger

IPGM BLOGGERS~

SUARA GURU MALAYSIA
CikguMierah. Powered by Blogger.

MUST READ!!

  • Al-Ma'thurat
  • Al-Quran
  • Buku-buku Agama
  • Buku-buku lain
  • Majalah Solusi
  • Novel-novel karya Ramlee Awang Mursyid
  • Pemilik Cintamu Setelah Allah dan Rasul

LAbels~

akal (1) buku (1) cinta (16) Doa (1) Hari Qiamat (1) hati (4) iktibar (2) Islam (7) Jihad (1) lelaki (1) luahan (1) manusia (1) marah (1) masalah (1) mujahid (1) murabbi (2) muslimah (7) nasyid (4) nikah (1) pejuang (1) pemimpin (1) picture (1) sabar (3) sahabat (2) sirah (4) solat (1) suami (1) teladan (5) ujian (1) wanita (6)