assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Perindu2 Syahid!

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"
- Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi

al-ASR

Secangkir Ilmu

get this widget here

Kehadiran Pelawat ^^

Allah dan RasulNYA

Allah dan RasulNYA

Tholibah طالبة

Tholibah طالبة

Muslimah المسلمه

Muslimah المسلمه

Mu'allimah معلمة

Mu'allimah معلمة

Baitul Muslim

Baitul Muslim

CONTOH IKUTAN

smile

Imam Syahid Hassan Al-Banna "Pencetus kebangkitan umat abad ke-20"

smile

As-Syahid Syed Qutb "Penjara dan kematian dalam mercu tanda dakwah"

smile

As-Syahid Syiekh Ahmad Yassin "Tokoh Ikhwan yang menubuhkan HAMAS di Palestin"

smile

Dr. Fathi Yakan "Tribulasi mematangkan perjuangannya"

smile

Dr. Abdul Aziz al-Rantisi "Sang Doktor pembawa obor jihad"

smile

Al-Maududi "Memiliki ciri Mujaddid kurun ke-20"

smile

Dr.Burhanuddin Al-Helmy " Menyiram obor perjuangan kemerdekaan Malaya"

smile

Dr. Yusuf al-Qardhawi

smile

Syiekh Sa'id Hawwa "Tokoh gerakan Islam berjiwa sufi"

Get this from munirah.zulkifli

yg kerap dibaca~

Thursday, February 3, 2011

Khawlah al-Azwar, lembutmu bukan halangan...

Kilatan demi kilatan pedang tangkas menghunus. Perang semakin sengit. Tentera muslim berhadapan dengan tentera Rom yang ramai. Perindu-perindu syahid keletihan. Saat melamar bidadari syurga terasa kian hampir. Biar syahid, mengalah tidak sekali.

Keduk… keduk… keduk…



Seekor kuda perang meluncur gagah. Penunggangnya, wajah terlitup kain. Berani. Debu-debu sharawi berterbangan. Mata-mata terbeliak kagum. Teruja. Amuk si perwira mengayun tombak dengan garang. Musuh-musuh Allah jatuh.

Allahuakabar! Semangat tentera muslim menggelegar di udara. Musuh berasa gerun.
“Adakah itu Khalid Al-Walid?” Musuh tertanya-tanya. Sememangnya nama besar Khalid al-Walid cukup menggetarkan mereka.



Salah seorang ketua skuad Islam, Raafe bin Umaira berbisik kagum, “Beliau bertempur seperti Khalid, tapi saya yakin beliau bukan Khalid.”


Tersingkap tabir wajah, nyatalah si perwira itu bukan seorang lelaki berhati waja, sebaliknya seorang serikandi yang perkasa. Taktala mengetahui tentera yang sedang mengucar-ngacirkan musuh itu adalah Khawlah al-Azwar, Khalid al-Walid hampir terjatuh daripada kudanya. Takjub.

Membebaskan Abang Tersayang

            Khawlah al-Azwar terdorong menggempur musuh, mencari syahid dalam peperangan itu sebaik sahaja telinganya menangkap berita, abangnya Zirar al-Azwar telah ditawan. Sangkar besi milik tentera Rom yang penuh dengan penyeksaan membuatkan Khawlah al-Azwar tidak mampu lagi berdiam diri, lantas membuat pembelaan. Beliau asyik membayangkan betapa deritanya si abang melalui saat ngeri di balik jeriji-jeriji besi.



Peperangan beransur redha apabila barisan pertahanan pihak musuh berjaya dipecahkan. Khawlah tidak sabar-sabar menanti operasi seterusnya. Abangya mesti dibebaskan. Tentera Muslim mengatur operasi serangan seterusnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin. Di situ, Zirar al-Azwar dipercayai terpenjara. Khawlah al-Azwar menghunus pedang, menyertai perang. Akhirnya, di situ abang tersayang berjaya dibebaskan.

Mahir Berkuda dan Bersenjata

            Khawlah al-Azwar, nama seindah identity. Dibesarkan pada zaman Islam sering diancam peperangan. Ayahnya memperlengkapkan didikannya dengan ilmu mempertahankan diri. Sejak kecil, dia diasuh menunggang kuda dan bermain pedang. Segala teknik dan kemahiran diperturunkan. Maka, mekarlah mawar agama itu sebagai srikandi yang perkasa. Mahir berkuda dan bersenjata.



Dalam peperangan Yarmouk, beliau cukup berwibawa memimpin dan memelihara kaum wanita yang ikut serta dalam peperangan itu. Tidak lengkap pasukan tentera Islam tanpa kaum wanita sebagai sayap kiri perjuangan. Keberanian Khawlah al-Azwar terserlah sehingga kepalanya cedera mengalirkan darah. Pengorbanannya tidak sia-sia. Panji kemenangan Muslim berkibar dalam peperangan itu hingga membawa kepada pembukaan Syam. Bandar Damsyik bercahaya dengan sinaran baru.

Membuka Kurungan

            Dalam peperangan Sahura, Khawlah dan beberapa mujahadah Muslimah tertawan. Ah, tiada episode kekalahan. Lawan tetap lawan. Mungkin begitu jeritan batin Khawlah. Beliau tidak mahu hanya terus menanti bantuan tanpa berusaha melakukan tindakan. Tertendang-tendang hatinya menyuruh berlawan. Pengawal-pengawal yang mengurung mereka Nampak gagah perkasa. Sekali pandang, untuk menemui kebebasan memang mustahil. Dia mungkin tidak berupaya jika melawan secara keseorangan. Lalu, dia berpidato untuk membakar semangat teman-teman.

“Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang kafir yang dilaknati? Adakah rela saudari dihina dan dimaki oleh bangsa Rom yang durjana? Di manakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang muslimah yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih baik bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom.”



            Sebelum memulakan misi serangan ke atas pengawal-pengawal yang garang itu, mereka berdoa, bertaubat dan bermunajat sesungguh dan seikhlas hati kerana selepas ini mungkin mereka akan dibatu oleh Alla SWT ataupun dibawa kembali selamanya kepada Allah. Menang atau mati syahid, mengalah tidak sekali!

            Khawlah al-Azwar berpidato lagi, “Jangan sesekali saudari gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya-Allah, pertolongan Allah sudah dekat.”

Allahuakbar! Pasukan muslimah itu bertempur dengan pengawal-pengawal durjana dan akhirnya mereka berjaya menumpaskan mereka. Lantas, mereka lari membebaskan diri daripada kurungan untuk terus berjihad, bergabung dengan tentera-tentera muslimin.



Begitulah kentalnya episod hidup Khawlah al-azwar yang terakam unggul dalam Maghazi Rasulillah hasil kompilasi Muhammad bin Umar al-Waqidi al-Aslami. Hari ini, Islam sering terancam. Adakah mungkin akan lahir lagi jiwa serikandi seperti Khawlah al-Azwar pada abad ini? Wallahualam…

Sumber: Solusi Isu 20  

No comments:

Halwa Telinga~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I am a Student n Blogger

IPGM BLOGGERS~

SUARA GURU MALAYSIA


CikguMierah. Powered by Blogger.

MUST READ!!

  • Al-Ma'thurat
  • Al-Quran
  • Buku-buku Agama
  • Buku-buku lain
  • Majalah Solusi
  • Novel-novel karya Ramlee Awang Mursyid
  • Pemilik Cintamu Setelah Allah dan Rasul

LAbels~

akal (1) buku (1) cinta (16) Doa (1) Hari Qiamat (1) hati (4) iktibar (2) Islam (7) Jihad (1) lelaki (1) luahan (1) manusia (1) marah (1) masalah (1) mujahid (1) murabbi (2) muslimah (7) nasyid (4) nikah (1) pejuang (1) pemimpin (1) picture (1) sabar (3) sahabat (2) sirah (4) solat (1) suami (1) teladan (5) ujian (1) wanita (6)