assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Perindu2 Syahid!

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"
- Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi

al-ASR

Secangkir Ilmu

get this widget here

Kehadiran Pelawat ^^

Allah dan RasulNYA

Allah dan RasulNYA

Tholibah طالبة

Tholibah طالبة

Muslimah المسلمه

Muslimah المسلمه

Mu'allimah معلمة

Mu'allimah معلمة

Baitul Muslim

Baitul Muslim

CONTOH IKUTAN

smile

Imam Syahid Hassan Al-Banna "Pencetus kebangkitan umat abad ke-20"

smile

As-Syahid Syed Qutb "Penjara dan kematian dalam mercu tanda dakwah"

smile

As-Syahid Syiekh Ahmad Yassin "Tokoh Ikhwan yang menubuhkan HAMAS di Palestin"

smile

Dr. Fathi Yakan "Tribulasi mematangkan perjuangannya"

smile

Dr. Abdul Aziz al-Rantisi "Sang Doktor pembawa obor jihad"

smile

Al-Maududi "Memiliki ciri Mujaddid kurun ke-20"

smile

Dr.Burhanuddin Al-Helmy " Menyiram obor perjuangan kemerdekaan Malaya"

smile

Dr. Yusuf al-Qardhawi

smile

Syiekh Sa'id Hawwa "Tokoh gerakan Islam berjiwa sufi"

Get this from munirah.zulkifli

yg kerap dibaca~

Monday, February 14, 2011

Tidak MENANGIS walau KEMATIAN ANAK!!

Assalamu'alaikum wbt...

 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Allah memuliakan pasangan sahabat Ansar iaitu Abu Talhah dan isterinya, Ummu Sulaim dengan kelahiran seorang anak lelaki yang amat pandai mengambil hati kedua-duanya.




Kecerdikan dan kebijaksanaannya yang petah berbicara serta tingkah lakunya amat menghiburkan. Anak tersebut diberi nama Abu Umair.

Suatu ketika, Abu Umair bermain-main dengan seekor burung, lalu burung itu mati. Kematian burung itu menyebabkan Abu Umair bersedih dan menangis. Menyedari kesedihannya itu, maka Rasulullah S.A.W berkata dengan tujuan untuk menghiburkannya: "Wahai Abu Umair, apa yang dilakukan oleh burung pipit itu?" [Riwayat al-Bukhari no. 5778 dan Muslim no. 5747]





Selepas kejadian itu, Allah S.W.T menguji keluarga Abu Talhah dengan pelbagai dugaan yang menimpa buah hati mereka itu. Sehinggalah pada suatu, ketika ketiadaan Abu Talhah, Abu Umair telah ditimpa penyakit yang membawa kapada kematiannya.


Ummu Sulaim yang sabar, menghadapi musibah tersebut dengan jiwa yang tenang dan redha. Beliau menyelenggara jenazah anak yang amat dikasihi itu sambil tidak henti-henti mengucapkan; " Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un". Beliau berpesan kepada anaknya yang lain;" Janganlah kalian menceritakan kepada bapamu sehingga ibu sendiri yang menceritakannya."


 Ketika Abu Talhah pulang, Ummu Sulaim menyambut suaminya itu dengan penuh adab. Seperti kebiasaan Abu Talhah bertanya,"Apa yang dilakukan oleh anakku?" Ummu Sulaim menjawab," Dia dalam keadaan yang tenang."


Abu Talhah menganggap bahawa anaknya sudah beransur pulih dan ini membuatkan dirinya berasa gembira. Beliau melihat ke arah Abu Umair yang sedang terbaring dan tidak mahu melihat lebih dekat kerana bimbang akan menganggu ketenangan anaknya yang sedang tidur, fikirnya.


Kemudian Ummu Sulaim mendekati suaminya itu dan mempersiapkan hidangan malam. Lalu pasangan suami isteri itu pun makan dan minum dalam suasana yang tenang. Seketika selepas itu, Ummu Sulaim bersolek dengan dandanan yang lebih cantik daripada hari-hari yang sebelumnya. Beliau mengenakan baju yang paling menarik, berdandan dan memakai wangi-wangian. Kemudiannya, kedua-duanya melakukan hubungan yang selayaknya antara suami isteri.


Apabila Ummu Sulaim meyakini bahawa emosi suaminya dalam keadaan terkawal dan tenang selepas bersamanya, beliau bertanya kepada suaminya, "Wahai Abu Talhah, apakah pendapatmu seandainya ada satu kaum memberikan barang mereka kepada satu keluarga, kemudian pada suatu ketika, mereka mengambil barang tersebut. Adakah layak bagi keluarga tersebut untuk menolaknya?"




Abu Talhah menjawab, " Tentu saja tidak boleh."
Kemudian, Ummu Sulaim bertanya lagi," Apa pendapatmu jika keluarga tersebut berasa keberatan taktala barang yang dipinjamkan itu diambil setelah memanfaatkannya?"


Abu Talhah berkata," Sudah tentu mereka tidak boleh menahannya daripada diambil daripada tuan punya yang asal!"


Ummu Sulaim berkata:" Sesungguhnya anakmu ialah pinjaman daripada Allah, dan Allah telah mengambilnya, maka tabahkanlah hatimu dan redhalah terhadap ketentuan-Nya."


Abu Talhah tidak berupaya menahan amarahnya, maka beliau berkata dengan penuh emosi; "Kamu biarkan aku dalam keadaan seperti ini baru khabarkan tentang anakku?"
Beliau mengulangi kata-kata tersebut sehingga beliau mengucapkan kalimat istirja' (inna lillahi wa inna ilaihi raji'un), lalu bertahmid kepada Allah sehingga beransur-ansur jiwanya menjadi tenang.






Keesokan harinya, beliau pergi menghadap Rasulullah S.A.W dan memberitahu baginda tentang apa yang berlaku. Rasulullah S.A.W kemudiannya bersabda;"Semoga Allah memberkati malam kalian berdua."


Tidak lama kemudian, Ummu Sulaim pun mengandung dan dikurniakan seorang bayi lelaki. Seketika selepas Ummu Sulaim melahirkan bayi itu, beliau meminta anak lelakinya, Anas bin Malik r.a. untuk membawa bayi tersebut kepada Rasulullah S.A.W.


Anas berkata;" Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah melahirkan anak ini malam tadi."
Maka Rasulullah S.A.W. pun mengunyah kurma dan mentahnik bayi tersebut. Anas berkata;"Berilah nama kepada adikku ini, wahai Rasulullah!"


Nabi S.A.W. bersabda, "Namanya Abdullah"






Ubadah, salah seorang perawi dalam rantaian sanad ini mengatakan;"Aku melihat Abdullah bin Abu Talhah ini akhirnya memiliki 7 orang anak yang kesemuanya menghafal al-Quran."


Wallahu'alam....




RUJUKAN: Majalah Solusi Isu 28, Hayah al-Sahabah oleh al-Kandahlawiy dan Kitab Nisa' Hawl al-Rasul, oleh Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Mustafa Abu al-Nasyr al-Syalabi.

No comments:

Halwa Telinga~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I am a Student n Blogger

IPGM BLOGGERS~

SUARA GURU MALAYSIA


CikguMierah. Powered by Blogger.

MUST READ!!

  • Al-Ma'thurat
  • Al-Quran
  • Buku-buku Agama
  • Buku-buku lain
  • Majalah Solusi
  • Novel-novel karya Ramlee Awang Mursyid
  • Pemilik Cintamu Setelah Allah dan Rasul

LAbels~

akal (1) buku (1) cinta (16) Doa (1) Hari Qiamat (1) hati (4) iktibar (2) Islam (7) Jihad (1) lelaki (1) luahan (1) manusia (1) marah (1) masalah (1) mujahid (1) murabbi (2) muslimah (7) nasyid (4) nikah (1) pejuang (1) pemimpin (1) picture (1) sabar (3) sahabat (2) sirah (4) solat (1) suami (1) teladan (5) ujian (1) wanita (6)