Perindu2 Syahid!

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"
- Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi

al-ASR

Secangkir Ilmu

get this widget here

Kehadiran Pelawat ^^

Allah dan RasulNYA

Allah dan RasulNYA

Tholibah طالبة

Tholibah طالبة

Muslimah المسلمه

Muslimah المسلمه

Mu'allimah معلمة

Mu'allimah معلمة

Baitul Muslim

Baitul Muslim

CONTOH IKUTAN

smile

Imam Syahid Hassan Al-Banna "Pencetus kebangkitan umat abad ke-20"

smile

As-Syahid Syed Qutb "Penjara dan kematian dalam mercu tanda dakwah"

smile

As-Syahid Syiekh Ahmad Yassin "Tokoh Ikhwan yang menubuhkan HAMAS di Palestin"

smile

Dr. Fathi Yakan "Tribulasi mematangkan perjuangannya"

smile

Dr. Abdul Aziz al-Rantisi "Sang Doktor pembawa obor jihad"

smile

Al-Maududi "Memiliki ciri Mujaddid kurun ke-20"

smile

Dr.Burhanuddin Al-Helmy " Menyiram obor perjuangan kemerdekaan Malaya"

smile

Dr. Yusuf al-Qardhawi

smile

Syiekh Sa'id Hawwa "Tokoh gerakan Islam berjiwa sufi"

Get this from munirah.zulkifli

yg kerap dibaca~

Saturday, February 5, 2011

Pemimpin yang MASAK untuk rakyatnya~

Assalamu'alaikum wbt...

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang....

Cerita ini mengisahkan kisah seorang pemimpin agung daripada 4 Khulafa' Rasyidin.



Aslam berkata: "Suatu hari kami keluar bersama Khalifah Umar r.a. menuju ke Bandar Hurrah. Ketika kami sampai di Shirar, kami melihat api menyala. Kemudian, Khalifah Umar berkata:'Wahai Aslam! Aku melihat ada pengembara yang sedang bermalam dalam kedinginan. Mari kita ke sana."'

Kami turun dan bergegas mendekati mereka. Ternyata mereka adalah seorang perempuan bersama beberapa orang anaknya. Perempuan itu sedang meletakkan sebuah periuk di atas api. Kedengaran suara anak-anak merintih kelaparan.

Kemudian Khalifah Umar r.a. berkata: " Assalamu'alaikum wahai orang yang menyalakan cahaya."
Sengaja Umar tidak mengatakan "menyalakan api".
Wanita tersebut menjawab:"Wa'alaikumussalam." Dan beliau berkata lagi:"Bolehkah aku masuk?"
Wanita tadi menjawab:"jika niatmu baik, silalah, dan selepas ini pergilah dengan segera."




Setelah mendapatkan kebenaran, Umar r.a. mendekatinya dan bertanya:" Apa yang terjadi pada kalian?"
Jawab wanita itu: "Kami tidak mempunyai tempat untuk bermalam dan kami dalam keadaan kesejukan."

Khalifah Umar bertanya lagi: "Apakah yang telah terjadi kepada anak-anakmu? Mengapa mereka menangis?"
Dia menjawab: " Mereka kelaparan."
Khalifah Umar r.a. bertanya: " Apa yang ada dalam periuk itu?"
Wanita tadi menjawab: "Itu hanyalah air yang aku masak untuk menenangkan mereka agar mereka menyangka ada makanan yang sedang dimasak, hingga mereka tertidur."
Dan ketika itu, Khalifah Umar berkata: " Semoga Allah memberi kasih sayang kepada kalian. Apakah Khalifah Umar tidak mengetahuinya?"

Wanita itu menjawab: "Umar memang pemimpin kami, akan tetapi dia tidak mengetahui keadaan orang seperti kami."
Lantas Umar berpaling kearahku (Aslam) dan berkata: "Mari kita pergi!"

Kami keluar dan bergegas menuju ke gudang penyimpanan bekalan. Khalifah Umar mengeluarkan sebuah bakul yang mengandungi gandum dan sebekas minyak samin (sering diguna oleh orang Arab untuk memasak bagi tujuan menambah aroma). Lalu beliau berkata: "Bawalah ini atas perintahku!"

Aslam berkata:"Kalau begitu, aku akan mendapat pahala daripada makanan ini."
Beliau berkata lagi: "Engkau kira engkau akan mendapat pahala daripada perbuatan baikku pada hari kiamat nanti? Sungguh engkau tidak akan menanggung beban dosa mahupun pahala sesiapa pun."

Setelah itu, aku membawanya, dan kami terus pergi menuju ke tempat wanita itu. Kemudian, beliau memberikannya kepada wanita itu dan mengeluarkan sesuatu dari dalam bekas. Lalu beliau berkata: " Ambillah minyak samin ini!"

Kemudian, Khalifah Umar menghidupkan api di bawah periuk sehingga asap berkepul-kepul dari celah janggutnya yang lebat. Beliau memasak gandum dan minyak samin untuk mereka. Setelah itu, beliau mengangkatnya dan meletakkannya di atas sebuah piring seraya berkata: "Berilah anak-anakmu makan!"
Khalifah Umar tidak berganjak sehingga memastikan mereka telah kekenyangan. Lalu wanita itu berkata: " Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan."



Peristiwa dan kejadian seperti ini seringkali kita temui dalam sejarah hidup Khalifah Umar, lantaran jiwanya yang bergerak untuk memenuhi perintah Allah bahawa itu ialah amanah yang akan dipersoalkan.

Ia selari dengan firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."



Dalam Tafsir Ibn Kathir, suatu pandangan daripada Ibn Abbas, ketika Adam dipertanggungjawabkan dengan amanah itu dan selepas baginda sanggup menerimanya, Allah menjelaskan amanah itu adalah sesuatu yang jika ditunaikan maka ia akan mendapat ganjaran dan sebaliknya jika diabaikan akan dihukum.

Umar melakukan itu kerana beliau berasa bertanggungjawab atas keadaan orang yang susah dan dizalimi. Pada masa yang sama, beliau tidak berasa teragak-agak untuk mengenakan hukuman kepada orang yang enggan menunaikan kewajiban agamanya. Beliau tidak memilih kasih dalam perkara yang berkaitan hak-hak Allah.

Pernah suatu ketika laporan sampai kepadanya bahawa anak gabenor Mesir lantikannya iaitu Amru bin al'As r.a. telah memukul lawannya yang mengatasi beliau dalam perlumbaan kuda. Alasannya adalah beliau ibn al-akramin (anak orang-orang yang mulia) sedangkan pemuda Qibti itu adalah rakyat biasa. Sayidina Umar r.a menjemput kedua-dua pihak yang terlibat dan setelah mengesahkan kebenaran tragedi itu, maka beliau menyuruh lelaki Qibti itu bertindak balas terhadap anak gabenor kerana perbuatannya itu.

Sebagai tambahannya, Amru turut dicemeti oleh Umar r.a. seraya beliau mengumandangkan kalimah yang hebat yang bermaksud:

"Sejak bilakah kamu boleh menjadikan manusia sebagai hamba walhal ibu-ibu mereka telah melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?"


Wallahu'alam. Ayuh kita sama-sama contohi hebatnya kepimpinan Sayidina Umar r.a.



Sumber: Majalah Solusi Isu 21


4 comments:

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

Assalamualaikum..

trima kasih atas prkongsian cerita yg sungguh menarik..:-)

Harap next entry boleh crita lg ttg khulafa ar-rasyidin YG LAIN

Sang Ratu said...

Wslm wbt...
'afwan ya ukhti.... insyaAllah ^^

Ahyad said...

jazakillahi khair.. kisah ini hampir dilupakan... sekarang sudah ingat balik..

Muhammad Iqbal said...

alhamdulillah, dapat diingatkan kembali..syukran

Didik Anak Takutkan Allah

Halwa Telinga~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I am a Student n Blogger

IPGM BLOGGERS~

SUARA GURU MALAYSIA
CikguMierah. Powered by Blogger.

MUST READ!!

  • Al-Ma'thurat
  • Al-Quran
  • Buku-buku Agama
  • Buku-buku lain
  • Majalah Solusi
  • Novel-novel karya Ramlee Awang Mursyid
  • Pemilik Cintamu Setelah Allah dan Rasul

LAbels~

akal (1) buku (1) cinta (16) Doa (1) Hari Qiamat (1) hati (4) iktibar (2) Islam (7) Jihad (1) lelaki (1) luahan (1) manusia (1) marah (1) masalah (1) mujahid (1) murabbi (2) muslimah (7) nasyid (4) nikah (1) pejuang (1) pemimpin (1) picture (1) sabar (3) sahabat (2) sirah (4) solat (1) suami (1) teladan (5) ujian (1) wanita (6)