Perindu2 Syahid!

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"
- Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi

al-ASR

Secangkir Ilmu

get this widget here

Kehadiran Pelawat ^^

Allah dan RasulNYA

Allah dan RasulNYA

Tholibah طالبة

Tholibah طالبة

Muslimah المسلمه

Muslimah المسلمه

Mu'allimah معلمة

Mu'allimah معلمة

Baitul Muslim

Baitul Muslim

CONTOH IKUTAN

smile

Imam Syahid Hassan Al-Banna "Pencetus kebangkitan umat abad ke-20"

smile

As-Syahid Syed Qutb "Penjara dan kematian dalam mercu tanda dakwah"

smile

As-Syahid Syiekh Ahmad Yassin "Tokoh Ikhwan yang menubuhkan HAMAS di Palestin"

smile

Dr. Fathi Yakan "Tribulasi mematangkan perjuangannya"

smile

Dr. Abdul Aziz al-Rantisi "Sang Doktor pembawa obor jihad"

smile

Al-Maududi "Memiliki ciri Mujaddid kurun ke-20"

smile

Dr.Burhanuddin Al-Helmy " Menyiram obor perjuangan kemerdekaan Malaya"

smile

Dr. Yusuf al-Qardhawi

smile

Syiekh Sa'id Hawwa "Tokoh gerakan Islam berjiwa sufi"

Get this from munirah.zulkifli

yg kerap dibaca~

Wednesday, December 1, 2010

JIHAD!!!

Terdapat satu isyarat daripada Rasulullah s.a.w dari sahabat baginda Muadz bin Jabal, Rasulullah s.a.w bersabda:"Mahukah aku beritahukan kepadamu tentang pokok pangkal dar semua urusan, tiangnya dan puncaknya yang tertinggi?"
Aku berkata:"Ya, wahai Rasulullah."
Baginda bersabda:" Pokok pangkal dari urusan ini ialah Islam, tiangnya ialah solat, dan puncaknya yang tertinggi adalah jihad."

Malangnya terdapat umat Islam memahami amalan jihad tanpa dilandasi ilmu yang tepat sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan dan salah faham tentang Islam. Malah yang lebih berbahaya munculnya penyimpangan yang sedemikian jauh dari pengertian dan tuntutan jihad sebagaimana yang telah diperjelaskan oleh para ulama.
Kerana itu, kerap kita saksikan akhir-akhir ini pelbagai tindakan sama ada secara langsung atau tidak, boleh menimbulkan kerosakan di tengah masyarakat. Namun oleh mereka yang melakukan didakwa sebagai jihad. Padahal, Islam tidak pernah sama sekali memerintahkan amalan tersebut. 

Sebagai contoh, melakukan pengeboman terhadap tempat-tempat ibadah orang kafir, merosakkan prasarana dan kemudahan orang bukan Islam dan macam-macam lagi, tanpa berlandaskan panduan syariat. Mereka anggap semua ini sebagai jihad, tapi sesungguhnya tindakan ini tidak muncul sekiranya mereka memahami makna jihad secara benar.






DEFINISI JIHAD

Kata Al-Jihad dengan dikasrah huruf jim asalnya secara bahasa bermakna kesulitan, kesukaran, kepayahan.
Sedangkan secara syariat bermakna:"Mencurahkan segala kemampuan dalam memerangi orang-orang kafir atau musuh."
Berikut adalah beberapa ucapan Ulama Salaf dlm memberi makna Al-Jihad:
  • Ibnu Abbas berkata:"(Jihad adalah) mencurahkan kemampuan padanya dan tidak takut kerana Allah terhadap celaan orang yang suka mencela."
  • Muqatil berkata:"Beramallah kalian kerana Allah dengan amalan yang sebenar-benarnya dan beribadahlah kepadaNYA dengan ibadah yang sebenar-benarnya."
  • Abdullah ibnul Mubarak berkata:(Jihad adalah) melawan diri dan hawa nafsu."



TIGA PERINGKAT JIHAD

Ibnu Qayyim menjelaskan, tidak sempurna jihad seseorang kecuali dengan hijrah. Tidak akan ada hijrah dan jihad kecuali dengan iman. Orang-orang yang mengharap rahmat Allah, mereka adalah yang mampu menegakkan tiga hal tersebut, iaitu iman, hijrah dan jihad.



As-Syaikh Ibnu Utsaimin membahagi jihad menjadi tiga:
  1. Jihadun Nafs, iaitu menundukkan jiwa dan menentangnya dalam bermaksiat kepada Allah. Berusaha menundukkan jiwa untuk selalu berada di atas ketaatan kepada Allah dan melawan seruan untuk bermaksiat kepada Allah. Jihad yang seperti ini tentunya akan terasa berat bagi manusia, lebih-lebih ketika mereka tinggal di persekitaran yang tidak baik. Kerana persekitaran yang tidak baik akan melemahkan jiwa dan mengakibatkan manusia jatuh ke dalam perbuatan yang diharamkan Allah, juga meninggalkan apa-apa yang diperintahkan-Nya.
  2. Jihadul Munafiqin, iaitu melawan orang-orang munafiq dengan ilmu dan bukan dengan senjata. Kerana orang munafiq tidak diperangi dengan senjata. Para sahabat pernah meminta izin Rasulullah s.a.w untuk membunuh orang-orang munafiq yang telah diketahui kemunafiqannya, kemudian baginda bersabda:"Jangan, supaya tidak terjadi percakapan oleh orang, bahawa Muhammad membunuh sahabatnya."(Riwayat Muslim, dari sahabat Jabir). Jihad melawan golongan ini adalah dengan ilmu. Oleh itu,wajib atas kita semua untuk mempersenjatai diri dengan ilmu di hadapan orang-orang munafiq yang sentiasa mendatangkan syubhah terhadapa agama Allah untuk menjauhkan manusia dari jalan Allah. Jika pada diri manusia tidak ada ilmu, maka syubhah, syahwat, dan perkara bidaah yang datang terus-menerus (akan boleh merosakkan dirinya), sedangkan ia tidak mampu menolak atau mebantahnya.
  3. Jihadul Kuffar, iaitu memerangi orang-orang kafir yang menentang, memerangi kaum muslimin dan yang terang-terangan menyatakan kekafirannya, (dan jihad ini dilakukan) dengan senjata.


Sumber: Majalah i, Oktober 2010, bil 96. 






3 comments:

nur Iman abDUL said...

salam sahabat..datang menyinggah di sini..:)

thumbs up my fren..
teruskan perjuangan dakwah..:)

murabbi said...

salam ziarah juga...
moge truskan mnulis ye...
bnar...
jihad ni..luas sbnarnya ruang lingkupnya..
cuma dri yg kurg ilmu ni...
trlalu mnyempitkan erti kata jihad itu..
mbruk!

Sang Ratu said...

Wslm,,,,syukron shbt2 semua....=)
jom kite slg brkongsi ilmu!!

Halwa Telinga~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I am a Student n Blogger

IPGM BLOGGERS~

SUARA GURU MALAYSIA
CikguMierah. Powered by Blogger.

MUST READ!!

  • Al-Ma'thurat
  • Al-Quran
  • Buku-buku Agama
  • Buku-buku lain
  • Majalah Solusi
  • Novel-novel karya Ramlee Awang Mursyid
  • Pemilik Cintamu Setelah Allah dan Rasul

LAbels~

akal (1) buku (1) cinta (16) Doa (1) Hari Qiamat (1) hati (4) iktibar (2) Islam (7) Jihad (1) lelaki (1) luahan (1) manusia (1) marah (1) masalah (1) mujahid (1) murabbi (2) muslimah (7) nasyid (4) nikah (1) pejuang (1) pemimpin (1) picture (1) sabar (3) sahabat (2) sirah (4) solat (1) suami (1) teladan (5) ujian (1) wanita (6)