assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Perindu2 Syahid!

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"
- Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi

al-ASR

Secangkir Ilmu

get this widget here

Kehadiran Pelawat ^^

Allah dan RasulNYA

Allah dan RasulNYA

Tholibah طالبة

Tholibah طالبة

Muslimah المسلمه

Muslimah المسلمه

Mu'allimah معلمة

Mu'allimah معلمة

Baitul Muslim

Baitul Muslim

CONTOH IKUTAN

smile

Imam Syahid Hassan Al-Banna "Pencetus kebangkitan umat abad ke-20"

smile

As-Syahid Syed Qutb "Penjara dan kematian dalam mercu tanda dakwah"

smile

As-Syahid Syiekh Ahmad Yassin "Tokoh Ikhwan yang menubuhkan HAMAS di Palestin"

smile

Dr. Fathi Yakan "Tribulasi mematangkan perjuangannya"

smile

Dr. Abdul Aziz al-Rantisi "Sang Doktor pembawa obor jihad"

smile

Al-Maududi "Memiliki ciri Mujaddid kurun ke-20"

smile

Dr.Burhanuddin Al-Helmy " Menyiram obor perjuangan kemerdekaan Malaya"

smile

Dr. Yusuf al-Qardhawi

smile

Syiekh Sa'id Hawwa "Tokoh gerakan Islam berjiwa sufi"

Get this from munirah.zulkifli

yg kerap dibaca~

Sunday, July 17, 2011

Fatimah Binti Asad (Bahagian 1)

Assalamu’alaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ;)

Siapakah yang mendidik Muhammad SAW selepas kewafatan datuknya, Abdul Mutalib? Ramai yang akan menjawab Abu Talib. Ya, benar! Namun, kita mungkin terlupa kepada isteri Abu Talib yang berperanan besar menjaga Muhammad SAW. Beliau ialah Fatimah binti Asad.


SIAPAKAH FATIMAH BINTI ASAD?
  • Isteri Abu Talib.
  • Ibu saudara berkait kepada Nabi Muhammad SAW.
  • Ibu Sayidina Ali.
  • Ibu Ja’far bin Abi Talib, salah seorang komando Islam dalam perang Mu’tah.
  • Ibu mertua dan pengasuh Fatimah al-Zahra’.
  • Nenek Hassan dan Husain, penghulu pemuda syurga.
  • Termasuk dalam golongan kaum Muslimin pertama yang berhijrah.
  • Daripada keturunan Hasyim, keturunan Nabi Muhammad SAW.
  • Imam Syamsuddien al-Dzahabi mengatakan, “Fatimah binti Asad bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushay al-Hasyimiyyah adalah bonda Ali bin Abi Talib.” (Lihat Siyar A‘lam al-Nubala’, jil. 2, hlmn 118)


BAHAGIA MENERIMA WASIAT ABDUL MUTALIB
Abdul Mutalib menyedari keikhlasan puteranya Abu Talib dan sifat penyayang menantunya Fatimah binti Asad. Bahkan mereka memang terkenal dengan sikap terpuji itu. Apabila saat ajalnya dirasakan semakin mendekat, dia mewasiatkan agar cucu kesayangannya Muhammad bin Abdullah diasuh di rumah Abu Talib. Ternyata Fatimah binti Asad bahagia menerima wasiat itu.


Apabila Muhammad SAW mula diasuh oleh tangan lembut Fatimah binti Asad, Baginda bagaikan menemui bonda baginda kembali, Aminah binti Wahab. Masakan tidak, Fatimah binti Asad mengasuh baginda bagaikan mengasuh anaknya sendiri.


MENYAKSIKAN KEBERKATAN MUHAMMAD SAW
Banyak peristiwa ajaib yang disaksikan oleh Fatimah binti Asad sepanjang Nabi Muhammad SAW berada di rumahnya. Ia dipanggil irhas (peristiwa luar biasa yang berlaku kepada seorang bakal Nabi).

Antaranya adalah apabila keluarga Abu Talib makan, baik makan bersama-sama ataupun sendiri-sendiri, mereka tidak pernah berasa kenyang. Namun, apabila Muhammad SAW ikut makan bersama-sama, mereka akan berasa kenyang dan puas malah sering kali aka nada makanan lebih. Oleh sebab itu, tidak hairanlah apabila Abu Talib sering berkata kepada anak-anaknya, “Jangan makan sampai anakku (Nabi Muhammad SAW) datang!”

Jika terdapat susu di rumah, Muhammad SAW pertama sekali disuruh minum. Setelah itu, ahli keluarga yang lain minum bergilir-gilir. Apabila susu selesai diminum oleh putera Abu Talib yang terakhir, susu masih berbaki seolah-olah luak sedikit sahaja. Fatimah binti Asad makin meyakini Muhammad SAW membawa berkat kepada keluarganya.

Saat bangun tidur pula, Fatimah binti Asad menyaksikan putera-puteranya mengerdip-ngerdipkan mata kerana diganggu olehnya tahi mata. Namun, Nabi Muhammad SAW biasanya bangun tidur dalam keadaan segak, wajah ceria berseri seakan-akan sudah bercelak dan meminyakkan rambut. (Lihat ‘Uyun al-Athar, jil. 1, hlmn. 51)

Kasih sayang Fatimah binti Asad bertambah besar terhadap Muhammad SAW apabila kedengaran masyarakat suka memuji-mujinya. Hatinya kembang bangga. Apatah lagi, suaminya bertambah gembira sejak hadirnya Muhammad SAW ke rumah mereka.  Beliau sering berkata “Anak saudaraku ini akan dikurniakan kemuliaan yang agung.” (Al-Sirah al-Halabiyyah, jil.1, hlmn 189)

Abu Talib suka menceritakan kepada isterinya, Fatimah binti Asad tentang Muhammad SAW terutamanya tentang peristiwa beliau membawa Muhammad SAW berdagang ke Syam. Apabila usia baginda menginjak menjadi seorang pemuda yang kacak dan gagah, Fatimah binti Asad mendengar pula berita yang dibawa oleh Maisarah, hamba lelaki Khadijah tentang kejujuran anak saudara asuhannya itu.

Fatimah binti Asad juga menyaksikan sendiri betapa eratnya pertalian antara Muhammad SAW dengan puteranya Ali sejak hari pertama Ali dilahirkan lagi. Beliau bercerita bahawa ketika Ali menolak susu semua wanita yang ingin menyusuinya, namun dia mampu tertidur lena apabila Muhammad SAW mengusap lidahnya. (Rujuk Al-Sirah al-Halabiyyah)


Wallahu'alam...
Sumber: Majalah Solusi

No comments:

Halwa Telinga~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I am a Student n Blogger

IPGM BLOGGERS~

SUARA GURU MALAYSIA


CikguMierah. Powered by Blogger.

MUST READ!!

  • Al-Ma'thurat
  • Al-Quran
  • Buku-buku Agama
  • Buku-buku lain
  • Majalah Solusi
  • Novel-novel karya Ramlee Awang Mursyid
  • Pemilik Cintamu Setelah Allah dan Rasul

LAbels~

akal (1) buku (1) cinta (16) Doa (1) Hari Qiamat (1) hati (4) iktibar (2) Islam (7) Jihad (1) lelaki (1) luahan (1) manusia (1) marah (1) masalah (1) mujahid (1) murabbi (2) muslimah (7) nasyid (4) nikah (1) pejuang (1) pemimpin (1) picture (1) sabar (3) sahabat (2) sirah (4) solat (1) suami (1) teladan (5) ujian (1) wanita (6)