assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Perindu2 Syahid!

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"
- Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi

al-ASR

Secangkir Ilmu

get this widget here

Kehadiran Pelawat ^^

Allah dan RasulNYA

Allah dan RasulNYA

Tholibah طالبة

Tholibah طالبة

Muslimah المسلمه

Muslimah المسلمه

Mu'allimah معلمة

Mu'allimah معلمة

Baitul Muslim

Baitul Muslim

CONTOH IKUTAN

smile

Imam Syahid Hassan Al-Banna "Pencetus kebangkitan umat abad ke-20"

smile

As-Syahid Syed Qutb "Penjara dan kematian dalam mercu tanda dakwah"

smile

As-Syahid Syiekh Ahmad Yassin "Tokoh Ikhwan yang menubuhkan HAMAS di Palestin"

smile

Dr. Fathi Yakan "Tribulasi mematangkan perjuangannya"

smile

Dr. Abdul Aziz al-Rantisi "Sang Doktor pembawa obor jihad"

smile

Al-Maududi "Memiliki ciri Mujaddid kurun ke-20"

smile

Dr.Burhanuddin Al-Helmy " Menyiram obor perjuangan kemerdekaan Malaya"

smile

Dr. Yusuf al-Qardhawi

smile

Syiekh Sa'id Hawwa "Tokoh gerakan Islam berjiwa sufi"

Get this from munirah.zulkifli

yg kerap dibaca~

Sunday, June 26, 2011

Harga 360 Sendi Manusia

Assalamu'alaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~


Daripada Aisyah r.ha. katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Dijadikan manusia ini di atas 360 sendi, oleh yang demikian mana-mana orang yang bertakbir kepada Allah, bertasbih kepada Allah, berzikir kepada Allah, minta ampun daripada Allah dan membuang ranting atau duri-duri di jalanan, mereka menyeru yang makruf dan juga melarang yang mungkar, bererti orang itu berusaha untuk dirinya daripada api neraka.” (Riwayat Muslim)

Demikian sabda Rasulullah SAW menyatakan mengenai kejadian manusia yang mengandungi 360 sendi, di mana setiap sendi itu Allah mengkehendaki dikenakan cukai. Sedekah dan zikir kepada Allah adalah cukai sendi itu.

Jika tidak dengan bersedekah maka Allah mengkehendaki kita bertakbir kepada Allah, bertahmid, beristighfar dan bertasbih. Dengan demikian harga sendi yang Allah ciptakan itu tidak semestinya dibayar dengan wang ringgit yang disedekahkan, tetapi juga hendaklah dengan sentiasa mengingati-Nya.

Dengan menyebut nama Allah itu bererti mengekalkan ingatan makhluk terhadap Khaliq-Nya. Sebagai tanda syukur kerana sendi yang berjumlah 360 ruas itu membolehkan manusia bergerak dengan sempurna, melangkah dengan teratur, menghayun tangan bagi mengimbangi langkah, menoleh ke kanan dan ke kiri menggerakkan jari bagi melakukan sesuatu pekerjaan yang berat mahupun yang ringan.

Malah seribu satu macam pergerakan yang kesemuanya merupakan nikmat yang tidak terhingga. Bayangkan jika manusia diciptakan tanpa sendi, sudah pasti sukar untuk melakukan pergerakan. Segalanya sentiasa terbatas. Tanpa sendi, manusia persis bagai pohon kayu atau benda-benda yang kaku. Dan tidak lagi dinamakan sebaik-baik kejadian.

Harga yang Allah kehendaki itu adalah mampu dibayar atau dilaksanakan oleh manusia. Bersedekah sama ada wajib(zakat) atau sedekah sunat adalah mampu dilakukan. Ini kerana rezeki yang Allah kurniakan kepada manusia adalah memudahkan kerja-kerja sedekah itu.

Bagaimanapun, harga kepada setiap sendi masih ada lagi yang lebih mudah, iaitu mengingati Allah dengan takbir, tahmid, istighfar dan juga tasbih. Dan mengingati Allah itu boleh dilakukan di mana sahaja setiap saat dan ketika.

Mengingati Allah bukan sahaja di bibir, tetapi zikir atau mengingati Allah yang sebenarnya adalah di dasar hati, pastilah kerja hati tiada siapa pun yang boleh menghalang. Dan yang paling penting dengan pengertian zikir atau mengingati Allah SWT ialah segala perlakuan hidup ini kesemuanya  dalam lunas ketaatan dan dikawal syariat. Sesungguhnya segala maksiat dan sifat ingkar itu terjadi apabila manusia lupa kepada Allah SWT.

Wallahu'alam...
Sumber: Majalah Asuh

1 comment:

SITI ARFAH said...

Moga kita semua sntiasa mengingati Allah. Bukankah dgn mengingati Allah hati akn mnjadi tenang? :)

Halwa Telinga~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I am a Student n Blogger

IPGM BLOGGERS~

SUARA GURU MALAYSIA


CikguMierah. Powered by Blogger.

MUST READ!!

  • Al-Ma'thurat
  • Al-Quran
  • Buku-buku Agama
  • Buku-buku lain
  • Majalah Solusi
  • Novel-novel karya Ramlee Awang Mursyid
  • Pemilik Cintamu Setelah Allah dan Rasul

LAbels~

akal (1) buku (1) cinta (16) Doa (1) Hari Qiamat (1) hati (4) iktibar (2) Islam (7) Jihad (1) lelaki (1) luahan (1) manusia (1) marah (1) masalah (1) mujahid (1) murabbi (2) muslimah (7) nasyid (4) nikah (1) pejuang (1) pemimpin (1) picture (1) sabar (3) sahabat (2) sirah (4) solat (1) suami (1) teladan (5) ujian (1) wanita (6)